Ahad, Oktober 13, 2013

Shahrizat, Khairy, Mas Ermieyati rai kemenangan!

KETIGA-TIGA tiga calon ketua sayap, Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Mas Ermieyati Samsudin meraikan kemenangan sebagai Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO di PWTC malam tadi.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khari Jamaluddin Abu Bakar yang mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda serta Mas Ermieyati Samsudin, muka baharu yang menang Ketua Pergerakan Puteri UMNO, meraikan kemenangan tidak rasmi mereka tengah malam tadi.

Walaupun keputusan rasmi dijangka hanya akan diumumkan oleh ibu pejabat UMNO sekitar 3 pagi ini, namun ketiga-tiga ketua sayap UMNO itu telahpun meraikan kemenangan dengan masing-masing menjulang tangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ini berikutan, laporan daripada bahagian-bahagian menunjukkan ketiga-tiga calon tersebut memperoleh kemenangan besar iaitu melebihi jumlah sebahagian daripada 191 bahagian yang bersidang dan melakukan pemilihan semalam.

Ketiga-tiga calon itu dijangka mengadakan sidang akhbar di PWTC di sini pada bila-bila masa.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: