Sabtu, Januari 04, 2014

Pas oh Pas...!!! Mujahid kecam tindakan tegas JAIS?


Ketika majoriti umat Islam di negara ini memuji tindakan tegas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskah Bible versi bahasa Melayu dan Iban di Petaling Jaya, Selangor demi mempertahankan akidah, pendirian berbeza pula diambil Pas.

Pas melalui Ahli Jawatankuasa Pas Pusatnya, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa bukan sahaja tidak menyokong tindakan tersebut, malah menyelar ketegasan JAIS merampas Bible berkenaan sebagai perbuatan yang akan memburukkan sifat rahmat Islam kepada semua penganut agama.

Bukan sekali, tetapi dua hari berturut-turut Mujahid 'menyerang' JAIS seolah-olah memperlihat beliau mahu melepaskan geram di mana dalam kenyataannya semalam, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan pendekatan kasar digunakan ke atas masyarakat Kristian.

Dalam kenyataan terbaharunya pula, Mujahid yang sering kali tampil dengan kenyataan bersifat liberal berkata, memelihara prinsip Islam itu lebih utama dari segala perkiraan sentimen atau kepentingan politik tetapi ironinya, beliau sebenarnya yang lantang bercakap mengikut irama politik.


"Persoalan kebebasan agama yang termaktub dalam Perlembagaan kita dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seolah-olah tercemar dengan tindakan JAIS dan mengisyaratkan sesuatu yang bercanggah dengan perintah dan firman Allah.

"Hanya dengan tertera perkataan Allah dalam Injil bukan alasan untuk mengambil tindakan tanpa bukti kukuh (terdapat) unsur penyebaran dan menggugat akidah tauhid umat Islam," katanya dalam satu kenyataan sebagaimana dipetik dari blognya, http://drmujahid.com. hari ini.

Semalam Mujahid dipetik sebagai berkata: "Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya. Kali ini, apa pula tuduhan mereka terhadap Kristian? JAIS patut malu."

Kecaman pemimpin kanan Pas itu hadir selepas JAIS merampas 351 naskah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia, di Jalan Gasing, Petaling Jaya serta turut menahan dua lelaki bagi tujuan siasatan.


Pada 14 November lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua rakyat khasnya di Selangor tanpa mengira kaum serta latar belakang agama akur dan patuh kepada larangan pengunaan kalimah Allah bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Sebulan sebelum itu pula, Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan untuk tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald, menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan majalah berkenaan.

Dalam pada itu, Mujahid menambah, tindakan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh ke atas agama lain juga merupakan suatu bentuk paksaan yang dilarang oleh Islam kerana dakwanya, paksaan dalam soal beragama bukan sekadar memaksa individu lain memeluk Islam.

"Atas alasan itu, saya menyeru dan merayu supaya hak kitab suci agama lain termasuk penganut Kristian hendaklah dipelihara haknya kepada penganutnya dan menjadi tanggungjawab autoriti (pihak berkuasa) agama Islam di Selangor memelihara prinsip ini," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

PASDAPX berkata...

pemimpin PAS ni sstgh dh mcm kufur dah percakapan dan kerja buat mereka.Atas maslahat apa PAS nk sgt Kristian sekutukan nama Allah?

Mujahid rawa, kau akan dpt balasan Allah atas kesesatan ini.. ko yg bodoh ko ckp org lain yg nk pertahankan Ke-Esaan Allah sbg bodoh.. takkan selamat lah kau Mujahid Rawa dunia akhirat slg ko xbertaubat!