Selasa, Januari 07, 2014

Pemimpin Pas anggap sikap Khalid Ismath seperti orang Arab zaman jahiliah?


Pas menyifatkan kenyataan aktivis pembangkang, Khalid Mohd. Ismath seperti sikap seorang jahiliah yang cuba menyesatkan umat Islam apabila mendakwa majlis ceramah yang diadakan Pas sebagai aktiviti yang 'membunuh penjanaan pemikiran' generasi muda.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, kenyataan tersebut umpama cakap-cakap orang Arab zaman jahiliah yang sering menyesatkan ajaran Islam yang disampaikan Nabi Muhammad SAW.

"Dia (Khalid) pasti tidak pernah pergi mendengar ceramah agama anjuran Pas sebab ramai golongan muda berminat datang mendengar ceramah-ceramah Pas.

"Jadi jika dia tidak faham mengenai sesuatu perkara, jangan mengganggu kerja orang lain," katanya ketika dihubungi disini hari ini.



Khalid menerusi laman sosial Facebook dilaporkan membuat kenyataan mengenai majlis ceramah agama anjuran Pas di masjid sebagai aktiviti yang 'membunuh penjanaan pemikiran' generasi muda dalam parti itu. Sila baca di sini.

Dia juga antara lain menyebut penyertaan ahli Pas dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka kelmarin sebagai langkah awal kepada kejayaan mengubah corak pemikiran pemimpin Pas yang selama ini disempitkan oleh anasir pemikiran jumud kepada anasir pemikiran liberal.

Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, apa yang disebut oleh oleh Khalid itu layak digelar kenyataan 'budak-budak.'

Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, pengalaman dan pengetahuan Khalid bukan sahaja terlalu cetek, malah boleh memudaratkan dirinya jika pemuda itu gemar bertindak mengikut perasaan.

"Ilmu ada di mana-mana, bukan di dalam bilik kuliah sahaja. Saya nasihatkan dia belajar lagi dan jangan jemu untuk menuntut ilmu dalam pelbagai aspek," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: