Sabtu, Februari 08, 2014

Hanya di Selangor : Dikatakan sengketa antara Azmin dan Khalid semakin meruncing...!!! Betoi ka?


Azmin dikatakan mendakwa MB Selangor guna PKNS sebagai senjata politik!

Persengketaan dua pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin meruncing apabila Mohamed Azmin Ali mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melanggar undang-undang dalam isu penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa Menteri Besar Selangor itu cuba menggunakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai ‘senjata’ terhadap musuh politiknya.

"Dalam semangat keadilan dan tadbir urus yang baik, Abdul Khalid tidak boleh terus menjadikan PKNS sebagai senjata peribadinya untuk digunakan terhadap pihak-pihak yang dianggapnya sebagai musuh-musuh politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Pada 4 Februari lalu, akhbar melaporkan hampir 30 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) iaitu anak syarikat PKNS dipecat serta-merta tanpa sebarang alasan daripada pihak pengurusan.

Surat arahan pemecatan bertarikh 3 Februari 2014 itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Norazlina Zakaria.


Semalam, Abdul Khalid tampil mempertahankan tindakan PKNS itu kononnya dibuat berdasarkan Ikrar Integriti.

Azmin digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkuat kuasa 10 Januari lalu.

Beliau turut mendakwa, pemecatan kakitangan PHSB terbabit secara serta-merta di bawah arahan Abdul Khalid bukan sahaja melanggar undang-undang pekerjaan tetapi amat tidak berperikemanusiaan.

"Ini benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan PKR Selangor bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah.

"Pemecatan itu akan menyebabkan kakitangan terbabit mengalami masalah kewangan manakala pampasan dua bulan gaji hanya menambah penghinaan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sebagai reaksi kepada kenyataan Azmin di laman Twitternya hari ini menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa tersebut sebagai 'ahli politik yang teruk'.

Beliau yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) turut mempertikaikan kenyataan Azmin itu dari segi kesahihannya.

"Bagaimana boleh dikatakan benar, beliau seorang ahli politik yang teruk," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

NutCrakcer berkata...

Biasalah. Parti PR ni mana ada ikut undang-undang punya. Mereka boleh sesuka hati depa je. Lihat lah DAP cam mane dia buat pemilihan ahli majlis tertinggi. Lihat lah PAS, bagai mane dia bahagikan kerusi di Kelantan. Lihat lah PKR sekarang. lu orang pikir lah sendiri.