Khamis, Mac 27, 2014

#MH370 Hari ke-19: MAS, Boeing akan disaman RM4.5 bilion?


Ahli keluarga mangsa-mangsa penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memfail saman RM4.95 bilion terhadap Boeing dan MAS di Amerika Syarikat.

Firma yang berpusat di Chicago; Ribbeck Law Chartered yang bertindak untuk mewakili ahli-ahli keluarga, telah mula memfail satu petisyen penemuan di mahkamah Illinois.

Monica Kelly, peguam utama dari Ribbeck Law, kata mereka adalah pakar dalam undang-undang penerbangan dan telah dihubungi oleh ahli keluarga dari China serta Indonesia.

Daripada 239 penumpang dalam kapal MH370, 154 adalah rakyat China, 49 rakyat Malaysia dan tujuh rakyat Indonesia.


Kelly berkata mereka telah bercakap dengan ahli-ahli keluarga di beberapa negara dan menjangka lebih kurang separuh daripada mereka akan mengambil bahagian dalam kes saman ini.

Selain itu, Kelly berkata mereka akan siasat sama ada pesawat Boeing 777-200ER itu ada apa-apa masalah teknikal dan fakta bangkai pesawat MH370 atau penumpang dijumpai atau tidak, tidak akan menjejaskan kes.

"Kami mempunyai kes berjaya di mana kapal terbang, mangsa mahupun kotak hitam tidak dijumpai," kata Kelly dalam sebuah sidang media tadi.

Manuel Von Ribbeck, dari Ribbeck Law, kata mereka 100 peratus yakin untuk memenangi kes ini.

Dia menjelaskan bahawa di mata undang-undang, penumpang tidak pernah bersalah terhadap apa yang berlaku dan kes ini akan tentukan sama ada mereka dibayar pampasan yang sepatutnya.

Ribbeck kata liputan untuk pampasan adalah kira-kira US$1.5 bilion, dan firma akan menuntut amaun maksimum yang perlu dibayar.

Untuk tujuan perbicaraan, firma menganggap semua penumpang telah meninggal berdasarkan pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: