Jumaat, April 18, 2014

#MH370 : Laporan akhbar tentang anak kapal pesawat hubungi bantuan diselidik?


Akhbar tempatan New Straits Times telah membuat laporan eksklusif berkaitan satu panggilan telefon yang telah dibuat oleh seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Menurut laporan tersebut, sumber panggilan itu datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid).

Setakat hari ini, tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.

Agensi media antarabangsa AFP melaporkan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia akan teliti laporan akhbar NST tersebut.

Sebelum itu, Hisham nafikan laporan akhbar tentang telefon Fariq!

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan laporan muka depan akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.


Menurut Hishammuddin, jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Menurutnya sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain.

Memetik laporan Bernama, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: