Rabu, Oktober 29, 2014

Anwar guna 
benteng pihak asing?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berdepan dengan keputusan rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan esok berterusan menjadikan pihak luar sebagai benteng terakhir survival politiknya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggunakan nama tokoh agama dan pertubuhan hak asasi manusia sebagai ‘talian hayat’ agar beliau tidak disabitkan bersalah dalam pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertindak merayu kepada rakyat negara ini supaya memberikan perhatian kepada gesaan masyarakat luar termasuk Inter-Parliamentary Union (IPU) dan Amnesty International yang dikatakan mengecam pendakwaan tersebut.

“Mereka meminta ‘kezaliman’ ini dihentikan. Tokoh agama seperti Dr. Yusuf Al-Qardawi dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia telah bersuara,” kata Anwar dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.


Dalam pada itu, Ketua Biro Antarabangsa PKR, Gooi Hsiao Leung berkata, parti itu menjemput beberapa pemerhati undang-undang antarabangsa bagi memantau keputusan pendakwaan Mahkamah Persekutuan berkenaan esok.

“Kita bekerjasama dengan beberapa pertubuhan antarabangsa dan pihak kedutaan, begitu juga pengamal undang-undang dari Australia, United Kingdom, Perancis, Indonesia dan lain-lain.

“Pertubuhan antarabangsa se­per­ti Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH), Pertubuhan Undang-undang Asia Pasifik (Lawasia), IPU, Australian Law Council dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan untuk menghantar pemerhati mereka esok,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: