Khamis, Oktober 30, 2014

Kes liwat : Anwar tengah syok sendiri, yakin lepas?



Pasukan peguam mewakili Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kes liwat selesai membentangkan hujah rayuan di hadapan lima hakim di Mahkamah Tinggi, Istana Kehakiman hari ini.

Ramkarpal Singh merupakan peguam terakhir pihak perayu selesai membentangkan hujah kira-kira pada pukul 1 petang.

Anwar yang ditemui sebaik sahaja sesi prosiding selesai yakin hujah yang dibentangkan oleh pasukan beliau yang diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram.

"Penghargaan saya kepada dari hari pertama kepada Datuk Seri Gopal dan keterangan terakhir okeh Ramkapal sebaik mungkin dengan terperinci.

"Saya yakin tidak mungkin dan tidak munasabah untuk mendapat keputusan sebalik melepaskan saya terhadap tuduhan fitnah jahat ini," kata Anwar.


Anwar mendakwa hujah rayuan yang dibentangkan pasukan cukup kukuh.

"Saya fikir apapun boleh dijawab termasuk cadangan peguam negara dan pendakwa untuk menambah hukuman tapi semua kenyataan jijik politik kerana keterangan yang di bawa ke mahkamah terlalu kukuh.

"Saya cukup yakin mana-mana mahkamah yang patuh pada undang-undang dan patuh kepada prinsip keadilan tidak mungkin membuat keputusan sebaliknya," kata Anwar.

Prosiding mahkamah bersambung esok kerana pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon kepada mahkamah untuk mengemukakan hujah balas.

Pada 7 Mac lalu Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantu beliau, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: