Jumaat, November 14, 2014

Kes HIV dilapor tinggi di Kelantan selepas Selangor?


Kes HIV dan AIDS dilaporkan tinggi di Kelantan kerana negeri itu berdekatan dengan negara Thailand.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz, Thailand menawarkan dadah dan pelacur dengan lebih mudah berbanding Malaysia.

Akses keluar masuk dari Kelantan mudah melalui Golok jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain seperti Kedah, Perlis dan Perak dan ini adalah satu cabaran untuk Kelantan.

Selepas negeri Selangor, Kelantan merupakan negeri kedua mencatatkan kes HIV tertinggi di Malaysia. 207 daripada 3393 kes baru di Malaysia telah dilaporkan dari negeri ini.

Adakah ini bermakna IMAN rakyat negeri serambi Mekah masih tidak kuat, lemah dan sebagainya walaupun di bawah pemerintahan parti PAS? Tepuk dada, tanya selera!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

usin berkata...

Serambi mekahpun tak mampu nk tarbiah rakyatnya. Apakan daya...