Jumaat, November 20, 2015

ADUN PKR persoal kerja DAP Pulau Pinang?


PULAU PINANG – Selepas mengkritik Bajet 2016 Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin terus menyerang kerajaan negeri kali ini dengan membangkitkan isu kebanjiran warga asing di negeri ini.

Norlela (PKR-Penanti) membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan beliau lepas tangan dalam menangani isu berkenaan.

Menurut beliau, kebanjiran pendatang asing khususnya warga Myanmar di Bukit Mertajam di sini, menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk terutama kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Norlela Ariffin

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan drastik meningkatkan keselamatan penduduk setempat, bukan hanya bergantung kepada polis semata-mata.

“Kita tidak boleh hanya mengharapkan polis untuk menjalankan penguatkuasaan kerana mereka juga berdepan masalah kekurangan anggota untuk melakukan pemantauan dan rondaan.

“Masalah kebanjiran pendatang asing ini bukan isu terpencil di Penanti dan Bukit Mertajam, malah jika ke bank sekali pun, majoriti yang berada di dalam premis itu ialah warga Myanmar,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: