Sabtu, November 14, 2015

Langat 2: Azmin cuba salahkan Pusat?


Kerajaan PKR Selangor cuba menya­lahkan Kerajaan Per­sekutuan berhu­bung kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) sehingga menyebabkan negeri ini bakal berdepan dengan kekurangan bekalan air menjelang 2017 hingga 2019.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan nege­ri juga terpaksa membina dua loji rawatan air baharu iaitu Loji Ra­watan Air Semenyih 2 di Hulu La­ngat dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang di Kuala Langat yang menelan belanja sebanyak RM800 juta sementara menanti siapnya projek Langat 2.

“Kerajaan nege­ri terpaksa menge­luarkan bajet yang be­sar untuk menyelamatkan keada­an bagi kepentingan rakyat kerana Kerajaan Persekutuan ga­gal menyi­apkan Langat 2 mengikut tempoh ditetapkan.

“Kedua-dua projek itu adalah penyelesaian segera bagi mengu­rangkan segala kemungkinan kekurangan air antara 2017 hingga 2019 berikutan kelewatan projek Langat 2,” katanya ketika sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak RM800 juta sekiranya tidak melengah-lengahkan pembinaan Langat 2 yang dirancang khusus bagi menangani masalah bekalan air bersih untuk rakyat.

Tambah Noh, meskipun kerajaan negeri menyatakan telah memberi kelulusan terhadap beberapa permohonan dan dokumentasi Langat 2 pada Julai lalu, pembinaan projek itu sepatutnya sudah siap dan mula beroperasi tahun lalu sekiranya mereka memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat lebih awal lagi.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: